BERS√H!!!

Posted by : KeDai MiRiN at 1:14 am
Bukan gambar photoshop tau...
Rin tgh counting...
Lagi 2 hari b4 demonstrasi BERS√H neyh akan diadakan...
Venue diew da r asyik tukar2...
Kejap jalanan, kejap stadium...
Kerajaan asyik kacau...
Orang yg berpemikiran sempit asyik kata yg bukan2 tentang BERS√H ni...
Korang tahu tak apew yg BERS√H tgh perjuangkan??


1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Susah sgt kah kerajaan nak bg 8 mende neyh??
Kenapa?? Kerajaan takut kepada perkara yang benar??
Menggunakan nama Islam bg menipu orang yang berotak sempit?
Menggunakan nama Komunis bagi golongan yg bodoh?
Buat road-block sana-sini untuk apa??
Buat iklan bangkang BERS√H di tv bukan murah...
Daripada kerajaan habiskan duit dengan propaganda murahan yang hanya rakyat yang tidak bersekolah je boleh percaya, baeklah kerajaan ini laburkan duit ini untuk membiayai rakyat miskin, bayar hutang kerajaan yang melambak tue, naek taraf perkhidmatan kerajaan ke...
Ya Tuhan, sememangnya anjing politik adalah anjing yang paling hina di dunia dan akhirat...
Apakah salah apew yang Rin bagi tau neyh??
Tolonglah hentikan...
Rin yang kanak2 pown memahami setuasi ini...
Masakan korang ahli politik yang dah tua bangka...
Tangisan Rin hari ini adalah satu daripada tangisan sejuta rakyat... T__________T

0 comments:

Post a Comment