Penyamun Tarbus

Posted by : KeDai MiRiN at 9:19 am Ish...
Shuh... Shuh...
Kacau orang nak keje jea r korang neyh...
Menganggu!!

Camni cerita nyew....
Ari tue, tyme Rin keje malam (11pm-7am)...
Rin punyew tempat koje kena samun...
Huh??!!
Sure adew antara korang yang x terkejot...
Sebab, kes rompakan 7-Eleven adalah kes natural...
Macam perkara biasa...
Tapi pada Rin tatkala itu...
Memang seram habis...
Begini cerita nyew... (jeng... jeng... jeng...)

Pada suatu malam yang hening... Rin duduk bersama rakan sekerja Rin dan berbual-bual... Tiba-tiba, masuk dua orang lelaki yang memakai topi keledar tersenyum pada kami. Dengan tidak mengesyaki apa-apa, Rin teruskan perbualan bersama rakan Rin. Namun, sejurus itu, lelaki India itu telah membaling plastik ke arah rakan Rin. Mula-mula, kami tidak mengesyaki apa-apa. Kemudian, dia suruh rakan Rin itu memasukkan semua rokok Dunhill ke dalam plastik yang diberi itu. Rin, yang masih terpinga-pinga itu, lalu bangun. Tapi, lelaki itu suruh Rin duduk semula. Kemudian, lelaki itu meminta wang di dalam cashier drawer. Rin telah menipunya dan mengatakan tiada wang dalam drawer itu. Rin tidak sangka bahawa pencuri itu telah tertipu dengan penipuan yang tak masuk akal itu. Apakah agaknya tahap kebodohan pencuri itu? Mana mungkin drawer tiada wang? Kemudian, India itu telah mengambil condom, dan rakan 'seperjuangan'nya, seorang Melayu telah mengambil dua botol Arak jenama Tiger botol besar. Kemudian, India itu telah meminta kami plastik untuk mengambil arak dengan lebih banyak. Kami menberinya. Apabila sudah kesemuanya diambil, perompak itu telah mngucapkan, "Sorry ye, Dik" dan beredar dengan mengucapkan "Bye"...
TAM-MAT!
Begitulah cerita ini berakhir...
Hahha...
Keseluruhan dgn ayat skema...
Tapi, serius...
Rin marah, sebab orang lain susah payah cari duit, dia plak nak dapatkan sesuka-hati...
Rin gembira, sebab diew x cederakan Rin dan kawan Rin...
Rin sedih, sebabkan hal nie, Rin lambat masuk pawagam untuk cerita Transfomers sbb nak buat laporan polis...
So, konklusi nyew...
Janganlah korang buat benda yang bakal menyusahkan orang lain...
hehe...

Smiling culprits... ^^v




0 comments:

Post a Comment